ptemu9.jpg

“Hutan adalah halaman kami. Ia banyak digunakan sebagai sumber makanan dan juga sebagai bahan binaan seperti rumah dan perkakasan tertentu,” kata Tok Batin Calwin, 45, ketika ditemui di Kampung Tebing – sebuah perkampungan di pinggir Sungai Sara di Tasik Temenggor.

Menjadi penghulu bagi 25 buah keluarga di situ, dia bertanggungjawab menjaga hal ehwal anak-anak buahnya yang mendiami 14 buah rumah di kampung tersebut.

Menurutnya, jika anak-anak buahnya tidak memungut hasil hutan atau berkebun secara kecil-kecilan di sekitar kawasan rumah, mereka mudah mendapatkan sumber makanan daripada hasil tangkapan dari tasik. Manakan tidak, tasik buatan terbesar di Perak itu dipenuhi 23 spesies ikan air tawar seperti baung, toman, sebarau dan kelah.

Sebenarnya banyak lagi cerita boleh didapatkan daripada penduduk kampung yang berkongsi tontonan siaran ASTRO ini. Biasa melayani pertanyaan orang luar, Tok Batin Calwin sememangnya ramah berkongsi kemahiran hutan dan teknik perburuan seperti penggunaan getah pokok ipoh sebagai racun sumpit.

Gambar-gambar berikut adalah sebahagian daripada kenangan kunjungan ke tempat ini.

ptemu10.jpg

ptemu2.jpg

ptemu3.jpg

ptemu1.jpg

ptemu4.jpg

ptemu5.jpg

ptemu6.jpg

ptemu7.jpg

ptemu8.jpg

ptemu11.jpg

ptemu12.jpg