Catatkan lokasi ini dalam diari anda – khususnya warga kota yang mencari peluang  melepaskan diri daripada kesibukan urusan seharian. Baik keluar bersiar-siar, menuruti jadual dunia kerjaya mahupun sesi membeli-belah, semua itu menuntut keseimbangan fungsi fizikal dan ketenangan fikiran.

Maka terbayang akan nikmat belaian urutan holistik, rawatan kecantikan dan lulur tropika yang memanfaatkan elemen botani yang menyegarkan. Itulah yang akan ditemui di Angsana Spa Kual Lumpur. Selain membiarkan tubuh dirawat dalam nikmat seni aromaterapi, sambutan di tingkat lima Crowne Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur ini menawarkan detik privasi kepada pelanggan dengan rawatan yang memanjakan tubuh.

Bebaskan refleksi santai di minda kala aroma minyak eksotik seperti rosemary, lavender, jasmin dan bunga kemboja ditangkap deria bau dan diulit manja pada tubuh.

Konsep, pembinaan dan pengurusan Angsana  Spa  diatur oleh Banyan Tree Spa . Sama seperti cawangan spa di beberapa negara, ia mengekalkan standard dan layanan spa  kontemporari dan holistik dalam taman tropika.

Di dalam bilik rawatan yang menterjemah ilham kamar diraja Negara Gajah Putih, anda perlu mencuba pelbagai pakej urutan. Antaranya adalah yang menggabungkan teknik gosokan panjang, tekanan perut ibu jari dan tapak tangan pada bahagian seperti bahu, belikat pinggang dan juga leher.

Jika menginginkan gaya luaran, pakej rawatan boleh dilakukan di salah satu daripada dua buah pavilion di bahagian taman terbuka. Walau dikelilingi pandangan pencakar langit ibu negara, rimbun hijau dan dinding buluh pavilion tersebut menyembunyikan kesunyian di dalamnya. Hadiahkan tubuh selepas itu dengan pancuran air terbuka atau mandian jakuzi istimewa.

Dengan tersedianya lokasi istirehat dengan seleksi perkhidmatan seperti ini, apakah lagi yang ditunggu. Beristirehatlah dalam batas etika.

INFO:

Kemudahan: 2 pondok spa luaran, 2 bilik mandian Rain Mist, 2 bilik berkembar untuk dua orang, 12 bilik terapi individu, 4 bilik terapi wajah.

Pelanggan berpeluang mengenali program senaman latihan terbimbing Shapemaster melalui enam mesin automatik yang memperkenalkan teknik Powertone Pilates Plus.

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

ANGSANA SPA KUALA LUMPUR,
Aras 5, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2141 4321 | Fax: 03-2141 1321 | E-mel: spa-kualalumpur@angsana.com