Asli Thai Intai-intai

Just a few minutes driving from KL, this secret hide-out is the place for you to wind down

LATAR rimba hijau, kolam tenang dan hiasan dalaman yang diatur umpama sebuah resort. Keindahan tema santai tropika di destinasi menjamu selera ini adalah hadiah untuk mereka yang berjaya menemui lokasinya.

Selain makanan tempatan dan Barat, Intai-intai juga terkenal dengan penyediaan menu yang diangkat daripada warisan kulinari Negara Gajah Putih. Tidak hairanlah apabila ditemukan beberapa tukang masak berpengalaman dari seberang sempadan yang dijemput khas ke dapur Intai-intai.

Mengulas sedikit tentang pilihan makanan di sini, seseorang yang ingin mencuba mana-mana menu ala Thai akan dipersembahkan dengan gabungan lima jenis rasa dalam hidangan mereka – manis, masam, masin, pedas dan lemak.

A favourite pick: Thai-style fried rice

Khao pad ku pik atau nasi goreng ala Thai dengan sendirinya boleh menjadi satu hidangan lengkap untuk seorang yang seleranya tidak besar.

Enak sungguh apabila menikmati nasi yang digoreng bersama rempah tumis bersama hirisan mangga muda, potongan cili api, halia, kacang panjang dan bawang. Disertai juga dengan daging ayam halia dan telur dadar.

Pengunjung boleh mencuba menu makanan laut masam dan pedas melalui hidangan sotong stim boxing ala Thai. Awas bagi mereka yang tidak menjangka cili api hijau itu boleh membuatkan lidah ‘terbakar’ lebih lama dari sepatutnya!

Citrusy steamed squid with tongue-biting chillies

Selain itu, jangan lupa untuk memesan gorengan ayam berempah tot gai yam mamuang. Ia merupakan gorengan paha ayam yang dihidang bersama salad mangga. Lebih membuatkan lidah Asia terliur adalah hidangan ayam kacang gajus. Menu ini disediakan dengan cara gorengan garing bersama sos manis dan lada kering.

Try this, exotic flavours blend into one

Chicken, cashew nut, dried chillies,
thick soy sauce, onion, capsicum = delicious!

Kaunter minuman di dapur kreatif Restoran Intai-intai ini mencipta pelbagai nama menarik. Antaranya seperti Peturi (campuran jus pegaga, epal dan limau kasturi) dan Cinggo (ciku dan mangga). Unik didengar, menarik untuk dicuba!

Popiana! Tropicana! Nusantara!

Biarpun terdapat pelbagai pilihan menu pencuci mulut yang berciri tradisi Melayu dan Thai, salah satu seleksi fusion yang tidak boleh dipinggirkan adalah popiana.

Bayangkan popia rangup yang berintikan pisang manis dihidang bersama aiskrim pilihan dan disira coklat.

“Pelanggan boleh memilih sama ada untuk bersantap di bawah naungan bumbung, di pelantar kayu tepian air, mahupun di platform bertingkat di sekeliling kolam dan lereng bukit,” ujar pemilik Intai-intai, Baha Azman Nor, yang turut mengajak pelanggan menghayati alunan orkestra rimba di sekitar restorannya.

Bukankah semua itu suatu panggilan yang cukup kuat untuk anda menjejakkan kaki ke sini?Dengan kapasiti tempat duduk yang ‘pemurah’ bagi kategori sebuah restoran yang terpencil, Intai-intai sememangnya patut menjadi persinggahan anda dan orang yang anda sayangi.

 

INTAI-INTAI
Backyard, Lot 378, Jalan Ampang-Ulu Klang (MRR2)
68000 Ampang, Selangor. TEL: 017-210 2343, 012-288 2424

** Kalau dtg dari arah KL ke arah Zoo Negara… dan sedang melalui Hotel Flamingo di sebelah kiri, sedia untuk buat U-turn di bawah flyover Keramat, dekat kilang Glaxo Smith Kline tu. Dah u-turn, stay kat lorong kiri sebab akan belok/masuk kat depan deretan workshop Kia, Honda segala bagai tu (mcm naik bukit sket). Pandu terus ke hujung, Intai-intai kat blakang tu la. 

3 comments

  1. ASM,
    Tak sangka member kita ni seorang usahawan restoran yg begitu hebat dgn idea-idea yg menarik. Tahniah semoga berjaya.
    From Kak Norizah DBP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *