pbelum17.jpg

When you start to concentrate whilst cruising on boat, there are lots of amazing things you never expect to see …

SEPANJANG tahun 1948 hingga 1989, tiada siapa yang berani menjengah ke sini kerana ia merupakan kawasan hitam yang menyembunyikan aktiviti komunis daripada pihak berkuasa.

Namun, semua itu cerita lampau dan sejak ia diwartakan sebagai taman negeri pada 31 Julai 2003, khabar-khabar tentang keistimewaan tempat ini kian memanggil para pengembara dari seluruh dunia.

pbelum14.jpg

Experienced boatman takes you into the heart of the jungle…

pbelum5.jpg

Ready to be surprised!

Bagi penulis yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke Taman Negeri Diraja Belum, undangan Tourism Malaysia dan majalah Libur tentunya tidak mahu dihampakan. Belantara yang wujud semenjak zaman prasejarah Jurasik ini menjanjikan pengalaman yang istimewa.

Dengan kawasan hutan simpan yang melebihi 130,000 hektar, lokasi yang terletak di hulu Sungai Perak ini sebahagiannya telah ditenggelami air berikutan pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1974, lantas membentuk tasik buatan yang besar. Pulau-pulau yang ditemui di sekitar takungan tasik seluas 15,200 hektar ini sebenarnya merupakan puncak-puncak bukit batu kapur.

pbelum15.jpg

Exquisite formation of natural elements…

pbelum3.jpg

The main ride…

Perubahan yang berlaku sepanjang ratusan juta tahun lalu telah menjadikan landskap ini sebagai subjek lensa kamera yang indah. Tiada yang lebih mengujakan daripada melihat warna firus Tasik Temenggor yang berlatarkan bukit-bukau menghijau. Panorama alam ini turut berubah wajah setiap kali tiba saat matahari terbit dan terbenam.

pbelum4.jpg

Too many of us… so we need to wait for the others…

Peserta lawatan yang disertai wakil media telah dibawa ke beberapa lokasi menarik dengan menggunakan bot. Terik matahari bukan lagi alasan untuk tidak berseronok dalam perjalanan meredah kedamaian tasik tersebut.

pbelum2.jpg

Boating on the calm waters…

pbelum6.jpg

Rule No. 1: Always be alert with your surroundings i.e. know where you step on. (I fell clumsily seconds after I snap this photo.. hehe)…

Peluang melawat perkampungan Orang Asli pada hari pertama merupakan pengalaman yang sungguh membuka minda. Kami difahamkan, Orang Asli di sekitar hutan Belum terbahagi kepada tiga iaitu kaum Negrito, Jahai dan juga Temiar.

ptemu1.jpg

Notice that? ASTRO in kampung Orang Asli.. deep deep in the jungle…

ptemu3.jpg

The kampung is named Kg. Tebang…

ptemu5.jpg

This is a genetically modified Orang Asli… haha. No, it’s Fairuz from Berita Harian.

Seperti dijangka, kami diajak menyertai tarian sewang yang diiringi alunan muzik tradisional yang dimainkan kaum wanita di kampung tersebut. Selepas puas rentak tarian kami yang sumbang diketawakan oleh anak-anak kecil Orang Asli yang berlindung di balik pokok dan tubuh ibu masing-masing, kami diajar pula cara menggunakan sumpit.

Aktiviti seterusnya pada petang itu adalah pencarian bunga Rafflesia yang banyak tumbuh di pinggir bukit sekitar Lembah Belum.

“Hanya orang yang bernasib baik yang dapat melihat bunga tersebut yang sedang dalam tempoh matang,” kata pemandu pelancong, Mohamad Silah Yusof, lantas membangkitkan semangat kami.

pbelum11.jpg

Look what I’ve found! Oh Rafflesia… why are you so smelly…?

Bagaikan bonus pada hari pertama, kami bertemu juga dengan bunga tanpa daun dan batang itu selepas melakukan treking mudah. Difahamkan terdapat tiga spesies Rafflesia boleh dijumpai di hutan Belum iaitu kerii, canteylii dan Azlanii. Ia mengambil masa antara sembilan hingga 11 bulan untuk matang dan mekarnya bertahan selama tujuh hari sahaja sebelum mereput.

pbelum12.jpg

The macho Shahnizam also have feelings towards flowers…

Pertanyaan demi pertanyaan dijawab oleh Mohamad tentang keistimewaan bunga parasit yang berbau busuk itu. Hampir kesemua peserta lawatan mengambil peluang merakamkan kecantikan bunga tersebut dengan kamera masing-masing tanpa menghiraukan kaki sudah dipanjat pacat. Tanpa disedari, hari semakin gelap dan kami bergegas kembali ke tempat penginapan di Pulau Banding.

pbelum1.jpg

Yeah, our trip kinda tiring. Some found the boat comfy for a quick nap…

Agenda hari kedua lebih menarik iaitu aktiviti meneroka Gua Kelawar di kawasan bernama Batu Putih. Pendakian yang tidak berapa sukar menemukan kami dengan mulut gua, lantas menyambut kami dengan bau najis kelawar menusuk hidung.

Tatkala kami turun meraba-raba sambil melaras pandangan mata, mamalia terbang di dalam gua itu berdecit akibat keresahan, lebih-lebih lagi apabila menyedari habitatnya diterangi cahaya lampu suluh dan flash kamera.

pbelum13.jpg

Gua Kelawar… erk.. who’s that lady lah?

Seterusnya peserta lawatan dibawa ke lokasi lain untuk aktiviti treking hutan. Sebelum itu, kami diminta agar berwaspada kerana laluan kami itu baru sahaja ditinggalkan oleh gajah liar.

Penemuan tinggalan najis, kesan segar batang buluh yang patah serta kewujudan ‘lorong’ laluan yang jelas menjadi buktinya. Kami diminta tidak membuat bising jika hendak ‘mengintip’ aktiviti gajah dalam persekitaran semula jadi itu.

pbelum7.jpg

Plish plosh… walking on mushy ground…

Walau bagaimanapun, kami tidak pula terserempak dengan mana-mana haiwan yang besar. “Mujur tak jumpa,” kata seorang peserta lawatan yang semenjak awal lagi bimbang ‘disergah’ oleh Pak Belang.

Kalau bukan kerana gajah itu dilindung kepadatan hutan, naluri haiwan itu nyata jauh lebih peka untuk bergerak menjauhi manusia. Inikan pula jika ia tendengar hilai ketawa kami yang sekali-sekala melayan jenaka bagi melupakan rasa penat.

Perjalanan merentas hutan dan mendaki diteruskan juga untuk mencari jenut, yang menurut Mohamad, merupakan tempat bagi haiwan liar mendapatkan sumber garam galian.

Jenut terdiri daripada tiga jenis iaitu jenut tanah, air dan juga batu. Haiwan sebesar gajah hinggalah kepada haiwan seperti landak dan kera memanfaatkan jenut untuk keperluan tubuh mengikut sela hari atau bulan tertentu.

“Gajah ini datang ke lokasi jenut secara berkumpulan atau bersendiri. Ia menggunakan gadingnya untuk mengorek tanah sebelum menelan kepalan tanah itu atau sekadar mandi jika ia jenut air. Setelah ditinggalkan, haiwan lain seperti seladang, babi hutan, kijang dan rusa akan datang ke jenut itu untuk mendapatkan khasiatnya,” terang Mohamad mengenai jenut tanah yang kami temui di sebuah kawasan lereng bukit. Haiwan-haiwan tersebut dikatakan turut menandakan kawasan jenut itu dengan air kencing.

pbelum8.jpg

Err, teacher, what is the name of this insect? … eh, only four legged one…

pbelum9.jpg

Tak sempat nak fokus… haha..

pbelum10.jpg

God is Great…

Keseronokan kisah lawatan ke lembah istimewa ini akan terus disampaikan dari mulut ke mulut, jika tidak melalui penerbitan media yang kami wakili. Jika berpeluang untuk kembali ke sini, tentunya kesempatan itu tidak akan dilepaskan.

pbelum16.jpg

Who’s gonna rescue this guy?

Ketika penulis dan beberapa rakan kembara lain cuba melawan perasaan ngeri dengan berenang sejauh 20 meter dari pinggir tasik besar itu, terusik juga di fikiran, apakah benar akan cerita seekor ikan toman gergasi di situ yang pernah menelan orang hidup-hidup?

Ah! Rasanya tidak perlu untuk membayangkannya. Cerita tersebut sememangnya menjadi tarikan bagi para pengembara tegar, yang tidak perlu makan menggunakan sudu dan garpu atau tidur di bilik berhawa dingin! Anda sudah ke Belum?