Estetika iL Tempio

ptempio1.jpg

Elegant ambience sets to elevate your dining experience.

Pertembungan elemen dunia Eropah dan Timur tidak semestinya menimbulkan kejanggalan. Jika daya kreatif itu dijalin dalam faktor yang saling melengkapi, hasil akhirnya bukan sahaja menarik malah berupaya menyerlahkan keunggulan nilai kedua-dua budaya.

ptempio2.jpg

Fine-dining in it’s own class.

Itulah yang dapat ditemukan di Il Tempio, apabila seni kulinari Itali dipersembahkan dalam keindahan persekitaran tropika Asia. Selepas meraih reputasi cemerlang dengan rangkaian restoran dengan jenama Tamarind, Federico Asaro dan isterinya, Maple Loo kini mencipta sebuah lagi keajaiban suasana untuk disinggahi mereka yang cintakan pengalaman kulinari hebat.

ptempio3.jpg

Appreciate the natural surroundings.

“Sudah lama Federico ingin membuka sebuah restoran yang memperkenalkan pelbagai jenis masakan autentik Itali. Selepas membuat perancangan teliti, inilah hasil peribadinya yang sebelum ini sentiasa bermain di fikirannya,” ujar Maple yang bertindak sebagai Pengarah Komunikasi Pemasaran Samadhi Group.

ptempio10.jpg

The lovely Maple Loo-Asaro

Berkongsi kawasan dengan restoran Tamarind Springs langsung tidak memberi masalah kerana kedua-dua restoran itu diasingkan melalui tema warna dan laluan masuk yang berbeza. Rasa ingin tahu pengunjung kali pertama dibimbing dari laluan anak tangga kayu yang seterusnya dihubungkan dengan lorong batu berkerikil. Apabila bertemu patung Buddha batu dalam sembah sentosa saat menuruni lereng bukit, ia menandakan bahawa langkah kaki sudah sampai ke Il Tempio.

ptempio4.jpg

Romance re-defined…

Jika tema merah menjadi pilihan di Tamarind Springs, Il Tempio menyejukkan pandangan dengan warna biru yang tampil maskulin. Garapan warna serupa juga hadir melalui pilihan fabrik pada gantungan lampu dan alas meja makan. Sebagai pelengkap, jambangan bunga kekwa biru dan uniform petugas restoran turut serasi dengan tema keseluruhan.

ptempio5.jpg

Get your favourite beverage…

Sementara pokok hiasan seperti buluh dan heliconia menyerikan sudut tertentu, elemen alam diseimbangkan dengan binaan air terjun dan terusan linear yang membahagi ruang lanai dan lorong ke ruang bar yang berwarna biru. Sebagai penguat identiti premis, logo restoran boleh ditemukan dalam bentuk ukiran pada sandaran kerusi tinggi binaan kayu di bar dan juga pada susunan mozek biru di lantai.

ptempio6.jpg

Perfect place to surprise your loved ones…

Restoran yang namanya diambil dari perkataan temple ini menggandakan ruang siling dengan kehadiran deretan tiang tinggi, menyerupai binaan pada ruang utama sebuah kuil. Selain membantu pengudaraan yang baik, ia juga memaksimumkan bantuan pencahayaan pada waktu siang.

ptempio7.jpg

Tasteful table ornaments

Apabila hari melabuhkan tirainya, suasana dan mood di Il Tempio bertukar menjadi sebuah santuari yang santai dan romantis. Selain alunan muzik perlahan membelai telinga, tetamu restoran pasti dibuai simfoni serangga malam. Dalam konsep cahaya suram namun memadai, kejutan tunas rasa turut ditemani kerlipan lilin.

ptempio8.jpg

“Bentuk bumbung ini mengambil ciri yang terdapat pada bumbung Minangkabau dan dewan sembahyang kuil di Thailand. Kedudukan atap yang tinggi menyedarkan kami betapa seni bina lama begitu mesra alam, kerana ia memberikan naungan yang nyaman walau di bawah terik matahari,” ujar Maple yang menggunakan khidmat Orang Asli dari Jelebu, Negeri Sembilan untuk menyiapkan kemasan rumbia tersebut.

Menurut Maple, Il Tempio bagaikan sebuah destinasi lepas diri yang mengingatkan seseorang pada percutian tropika. “Kami cuba menghidupkan persekitaran yang sesuai untuk menjamu selera sambil beristirehat. Dikelilingi cebisan hutan di bukit ini, kami berharap tetamu kami dapat menghargai detik istirehat yang mereka idamkan.”

ptempio11.jpg

Culinary imitates art…

ptempio12.jpg

Involtini di melanzane

ptempio13.jpg

Squid ink tagliatele

Dari konsep rekaan, seni bina dan penampilan segak para petugasnya, Il Tempio menawarkan pengalaman yang tersendiri. Sesuai dengan falsafah Live To Eat, di sinilah kuisin mewah gaya Itali dihidangkan, lantas menjawab segala keinginan bercita rasa tinggi tetamunya.

ptempio14.jpg

IL TEMPIO
Jln 1 Taman T.A.R, 68000 Ampang, Selangor D.E.
Reservations, call 03-4256 9300

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *