pfish1.jpg

Serenity on the green green field…

KALA melewati jalan masuk ke lokasi terpencil di penghujung sebuah unjuran tanah bernama Teluk Buih, muncul satu pertanyaan. Apakah yang tersembunyi di sebalik laluan kampung yang dipenuhi belukar dan lalang tinggi ini? Kalau sekadar calet biasa, tentu saja hati yang ragu-ragu meminta berpatah balik. Namun, sangkaan itu lenyap sama sekali apabila tiba ke pekarangan Fishing Bay Resort di mukim Air Papan, Mersing, Johor.

Beroperasi dengan standard eksklusif di atas tanah persendirian seluas empat ekar, ia jauh melepasi tanggapan lazim mengenai taraf dan konsep kemudahan penginapan di sekitar daerah itu.

Letih perjalanan dipermudahkan dengan urusan daftar masuk yang pantas dan kemudian tetamu dibenarkan memandu terus kenderaan ke muka pintu calet. Kebenaran itu dianggap satu faktor keistimewaan penginapan!

pfish2.jpg

Island-like surroundings add value to your stay

Sepanjang April, tetamu boleh menginap di sini pada harga RM83 sehari. Harga pada kadar diskaun 30 peratus itu adalah sebagai galakan kedatangan ketika bukan musim puncak. Tawaran yang sama juga diberi sepanjang Julai dan Ogos.

pfish3.jpg

Cool off in the pool or just spoil yourself doing nothing

Satu lagi berita baik, pengurus resort, Jamal Nasser Khalid memberitahu penulis tentang harga penginapan: “Kadar penginapan bilik pada musim puncak masih pada harga berpatutan iaitu bermula serendah RM118 sehari. Malah, bagi kedatangan pada hari biasa, tetamu dapat menginap di bilik Standard pada harga RM75 semalaman. Ia bergantung kepada kekosongan bilik.”

pfish10.jpg

Some prefer to dive into swimming pool, i dive onto the bed!

Setelah dipuaskan dengan kemudahan bilik penginapan yang berhawa dingin dan bertilam empuk, penilaian seterusnya tentu tertumpu pada sambutan selera di kafe. Dapur Fishing Bay Resort menyediakan aneka hidangan tempatan dan Barat. Bagi tempahan untuk kunjungan berkumpulan atau keluarga yang besar, resort boleh dihubungi lebih awal untuk sebarang permintaan khas mengenai makanan yang bakal dihidangkan.

pfish6.jpg

Thai style dinner gives you the warmth to survive the cold and breezy night

Sebagai tarikan baru, peminat kulinari eksotik tentunya dapat merasai sentuhan chef berpengalaman yang turut menyediakan menu lazat dari Thailand. Kalau matahari menghangatkan tubuh pada waktu siang saat berjemur di pantai, tentu sekali rempah tom yam menghangatkan malam yang dingin!

pfish8.jpg

Focus…focus…focus…

Mahukan suntikan adrenalin? Antara aktiviti yang menanti adalah seperti berbasikal, memanah, memancing, sukan pantai, mendaki bukit dan merentas hutan. Sesi bersembang atau berekreasi di atas halaman rumput yang luas pula sudah cukup memeriahkan detik percutian.

pfish5.jpg

Ride a bike, fly a kite, or go snorkelling…

pfish4.jpg

… or walk on the rocky side of the beach

Sebenarnya ramai yang memilih untuk menghabiskan masa hanya dengan membaca novel di kerusi santai, duduk di bawah redup pohon sambil menikmati tiupan bayu Laut China Selatan ataupun sekadar berehat di kamar beradu. Ya, mereka ke sini untuk beristirehat, itulah yang dicari.

pfish9.jpg

I love this bamboo chair. It curves accordingly to my body contour.

Nyata sekali TravelRhapsody.com memilih untuk ke resort ini kerana digoda tiga sebab. Pertama kerana ketenangan persekitaran yang indah dan tenteram. Kedua kerana penekanan aspek kualiti dan kebersihan. Ketiga, semestinya kerana lokasi yang terpencil dan privasi.

pfish7.jpg

Remember this place… Fishing Bay Resort

Apabila jam tangan, telefon bimbit dan kemudahan Internet bukan lagi keutamaan, resort ini memang sempurna untuk ‘menghilangkan’ diri daripada dicari teman-teman ataupun diganggu panggilan tugas dari pejabat.

Promosi bulan madu:Penginapan di bilik Superior selama 2 hari 1 malam pada harga RM380. Pakej ini disertai pemberian bakul buah-buahan, makan tengah hari di pinggir pantai, sarapan di kamar, makan malam romantis dan juga sesi berurut.

FISHING BAY RESORT
Lot 525, Teluk Buih, Air Papan, 86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-222 5300, 07-799 6753 Faks: 07- 799 7102
Web: www.fishingbayresort.com