Sang suria Teluk Gorek

pgorek1.jpg

Our destination is this hidden bay near Tanjung Resang

Kalau menaiki bas dari Kuala Lumpur, perjalanan sejauh lima jam perlu ditempuhi untuk tiba di terminal bas Mersing, Johor. Kebetulan kembara ini bermula dari Kuantan, Pahang, maka bas Transnasional yang membawa kami hanya memerlukan kira-kira tiga jam untuk tiba di destinasi. Tapi tak perlu turun di bandar Mersing.

Aku: Bang, tolong berhenti kat simpang Tanjung Resang, bang. Kitorang nak turun kat situ.
Driver bas: Buat apa nak turun kat tengah2 kawasan hutan tu?
Aku: Saja nak tengok apa yang ada kat Teluk Gorek.
Driver bas: Hish! Jauh tu! (berkerut muka dia). Nak masuk ke dalam naik apa?
Aku: Ada kawan amik naik keter.
Driver bas: yelah yelah. Baik2. Kat simpang hutan tuh ada babi hutan.
Aku: Hah!??


pgorek2.jpg

This is Apeh. Patiently helping me carrying lots of stuff for this trip

Itu pun dengan meminta kerjasama pemandu bas untuk menurunkan kami lebih awal iaitu di simpang masuk Tanjung Resang, iaitu hentian pinggir jalan sunyi yang perlu dikenal pasti sejurus melepasi Pekan Endau dan Penyabung. Kalau turun di Mersing, tentu memerlukan kenaikan lain untuk menyongsang arah kembali ke Teluk Gorek.

pgorek3.jpg

After being picked up by a friend in his 4WD, this is where we were taken.

Dengan bantuan rakan yang mengambil kami dengan kenderaan pacuan empat roda, laluan masuk ke Teluk Gorek sebenarnya lebih kurang tujuh kilometer lagi dari pinggir jalan tersebut. Perjalanan menuju pintu masuk Teluk Gorek Chalet & Camp Site banyak disaji pemandangan landskap kampung dan udara segar dari laut. Adegan seperti kerbau berkubang di lumpur, senyuman pengusaha ala inap desa dan aktiviti perusahaan keluarga di kolam penternakan udang tidak terlepas dari pandangan.

pgorek4.jpg

Arrived at around noon, Apeh and I thought we’re gonna conquer the beach exclusively. But…

Sejurus ketibaan disambut pengurus dan pengusaha penginapan berkenaan, Roseli Awang, kami ditempatkan di salah sebuah calet yang menghadap laut. Ia dilengkapi pendingin hawa, katil bersaiz besar serta tandas yang bersih. Paling seronok apabila mendapati tekanan air pancuran di bilik mandi tidak mengecewakan.

pgorek5.jpg

You can park your car right in front of your chalet doorstep

Roseli memberitahu, satu nilai tambah mengenai kedudukan calet ini yang menghadap arah Timur adalah ketika saat terbit matahari. Malah ia umpama hadiah pertama untuk tetamu sebelum mereka memulakan hari dengan aktiviti seterusnya. Dia juga mengajak penulis bangun seawal pukul enam pagi keesokannya untuk melihat keindahan fajar menyingsing di horizon laut. (Macam la aku bleh bangun…)

Di atas tanah keluarga seluas kira-kira dua ekar itu, banyak bangunan sedang dibina dan diubah elok untuk keperluan pengunjung. Seperti hendak mengekalkan gaya santai resort, penggunaan atap daun nipah pada naungan bangunan tertentu nyata membantu aliran udara nyaman di dalam calet dan di ruang dewan, biarpun ketika matahari terik memancar.

“Selain kedatangan berkumpulan di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, calet ini juga menjadi tumpuan kumpulan korporat dan peserta kem bina diri yang memanfaatkan kemudahan di sekitar calet,” ujar Roseli merujuk kepada kemudahan dormitori, tapak aktiviti lumba berhalangan, berkayak, treking hutan dan aktiviti pendakian ke Gunung Arong.

pgorek6.jpg

This is 5% of the crowd that suddenly appeared, later that afternoon.

Bagi mengisi waktu rekreasi petang, aktiviti sukan pantai seperti futsal, bola tampar, ragbi, bola jaring dan takraw boleh disertai. Pantai berpasir yang luas dan terjaga kebersihannya membuatkan lebih banyak aktiviti dianjurkan di sepanjang hamparannya. Jangan lupa untuk membasahkan diri di dada laut yang tenang dan kurang gelora..

Oh ya, pantai Teluk Gorek begitu landai kerana seseorang boleh berjalan sejauh lebih 200 meter dari gigi air sedangkan paras air hanya setakat mencecah dada. Bagi yang was-was tentang langkah kaki di dalam air, percayalah bahawa dasar pantainya berpasir dan bukannya lumpur.

pgorek7.jpg

Do you know what this guy is doing? ‘Tarik pukat’ it is.

Ketika air surut, tetamu calet boleh menyertai aktiviti menangkap ikan dengan menarik pukat pantai ataupun mencari kepah dengan cara tradisi. Bayangkan hasil tangkapan seperti ikan belanak, cermin dan kitang boleh dibawa terus ke dapur dan dinikmati di meja makan. Inilah yang seronok nak buat, walaupun sebenarnya terkial-kial nak set-up jaring pukat tu.

pgorek8.jpg

Let the professionals do it.

pgorek9.jpg

This was the catch for that afternoon, not so impressive kan?

pgorek10.jpg

You’ll always be surprised when dragging the pukat out off the water

pgorek11.jpg

Deep fried kitangs. They’re mine! All mine!

Tentang makanan pula, kami yang sudah mengikuti hidangan sebanyak enam kali sehari semalam, tidak terfikir untuk meminta lebih. Tiada yang kurang kalau makan tengah hari dan makan malam disajikan dengan hidangan kampung yang lazat. Ada kalanya sesi menjamu selera disempurnakan dengan pencuci mulut berupa hidangan buah-buahan segar, kuih-muih tradisional ataupun jeli kelapa dan sarang burung ilham orang kampung.

pgorek12.jpg

Kampung style never fails to trigger my appetite

“Saya sentiasa berpesan kepada kumpulan tukang masak agar menyediakan makanan seumpama hendak dimakan sendiri,” kata Roseli yang mengingatkan agar sebarang tempahan perlu dilakukan lebih awal agar tidak terlepas peluang berlibur di Teluk Gorek. Anda mahu ke sini? Rujuk alamat yang disertakan di bawah:

pgorek13.jpg

Apeh took this photo. Not bad. He woke up early to witness the sunrise. I was Zzzzzz….

pgorek14.jpg

Some girls came in a small group, ready for their BBQ session.

pgorek15.jpg

Kelantanese boys set up their tents on the beach and filled the night with their dikir barat recitals

TELUK GOREK CHALET & CAMP SITE
Lot 684, Pantai Teluk Gorek, Kampung Tanjung Resang,
86900 Endau, Johor.
TEL: 07-794 5312, 019-754 3222, 013-779 6392

41 comments

  1. baru balik dr teluk gorek..kami buat field work last weekend n honestly,tak rase nak balik dr situ..masih teringatkn keindahan pantai di situ..mmg best…5stars dan bg yg masih tak dpt decide tmpt percutian,teluk gorek mersing is the best place to be..=]

  2. Bercerita pasal Telok Gorek….kalau blh aku pun nak dok kat Telok Gorek tu!!
    Nak tau kenapa? Disitulah tempat yang paling best sekali, kwsn dan permandangan yang paling indah. Mengadap Pulau Lalang dan telok disekelilingnya pasti mendamaikan jiwa. Disitu juga tercatat memori yang paling indah, masa tu Telok Gorek Camp Site belum dibina lagi. Setiap kali blk Mersing, kalau berkesempatan aku dan keluarga serta ipar duai akan berkumpul di Telok Gorek Camp Site untuk bersantai dan berlibur. Main air ler….apa lagi!!! Kalau nak tau apa keistimewaan Telok Gorek tuuu…sila lah berkunjung kesana. Jumpa dgn Abang Lie atau Kak Ana.

  3. mmg best gler lah msa aku dan budak tigs kemh kat situ.pling best masa naik gunung arong tue.tinggi giler.mmg tak dapat aku lupakan telok gorek tue.mnak pergi lagilah

  4. 5 star for telok gorek…
    best…
    aku amik chalet RM100/day..ada aircond,katil besau,bilik air bersih…
    byk xtvt pantai buleh buat..termasuk tangkap ikan ..sudah tangkap, terus bakaq…MasaAllah, dia punya manis…sukar digambarkan…
    pergilah ke sana..I’Allah..anda tidak akan menyesal…

  5. sy interested la nk wt progrm kt telok gorek ni.. blh x nk dptkn quatation for 3d2n?? ade pape pakej x blh d rekemenkn..prgrm ni dlm 30 org ke ats..tqvm

  6. teluk gorek yang depan tue memang ok sgt… tuk budak2 kecik mandi ok lagi. pantai yang landai, taklah risau sangat dorang renang jauh2..abg den suke bwk ank dia mandi kat situ sebab airnya cetek dan jernih, anak2 dia mandi dia taklah risau sangat…tol x???

  7. saya lihat persekitaran pantai,penginapan serta aktiviti yg di jalankan di sini amat menarik dan saya secara peribadi menyatakan tempat ini memang baik untuk pengunjung2 berehat bersama2 keluarga…kalau boleh pihak resort dapat meghantar imej2,aktiviti,yg berkaitan dengan resort ini ke facebook saya TAM SELESA DAMAI.

  8. salam….. sy nk tanya ,klu saya nk wat pakej untuk majlis perkahwinan di teluk gorek & camp site berapa agaknye bajet di perlu kan,sekadar bertnya je….. tq

  9. pada sesiapa yg minat mancing sambil berehat…this is the correct place.. geng2 kawan kerap datang kesini memancing sambil berahat bersam keluarga… ikan yg bole didapati di sini antaranya adalah semilang, kerapu, pari, bebulus, tetanda, gelama, kuku, kitang, todak, dan macam2 lagi… yg penting tahu pasang surut.. kalau bawak anak2 mandi pun ok, sbb pantainya landai giler….4.5 star utk camp site nie…but para pengunjung dimohon menjaga kebersihan bersama..baru la seronok nak dtg lagi….chow…

  10. sebelum terlupa…kalu you all bernasib baik, you all akan bole jumpa ikan lumba-lumba dan penyu macam geng kitaorg jumpa 2 tahun lepas… and it means, betapa bersih dan tenangnya camp site ini…so, keep our beach, river and sea clean… to all staf teluk gorek chalet and camp site..2 thumbs for you guys…

  11. citer psl tlok gorek, t’ingat plak mase kem motivasi kat saner 15 mei 2010. mmg best. dah la pantai chantek,pasir puteh,pastu klau mlm2 tido kat khemah, mmg adventure sbb angin kuat.kdg2 rase cam khemah nak terbang pown aderw.kitorang t’pakse gilir2 tido sbb takot khemah terbang haha…
    to all staff and the boss,very good job.

  12. baru nk pergi telok gorek ni pd 20 julai .insyaAllah. harap semuanya berjalan lancar dn sentiasa dlm perlindunganNya

  13. saya ada lebih 30 org ahli keluarga…kat sana ada dorm x..atau kami sewa tapak perkhemahan brapa rm…bole bg quotation x sbb kami nk pergi sana end of this month..pls call 018-2375803

  14. ada x chalet yang besar dan harga bp? klau pg jummat petang hingga ahad tgh ari?? boleh buat BBQ x? barang2 untuk bakar seperti arang, tempat pembakar di sediakan x? harga dia ada bp?

  15. boleh bagi quotation fill pakej 3d2n 6-8pax on 20-22 aug 2012 termasuk meal & surcharge (ada snorkeling trip tak)

  16. hi, saya dan keluarga saya ingin bercuti di mersing pada 4&5 June 2012…i happen to see your webpage…can i get info for chalet for 12 adults and 4 kids….i nak chalet yang beach view…because we plan to do BBQ at night…hope can get info asap..thanks

  17. hi, saya dan keluarga saya ingin bercuti di mersing pada 4&5 June 2012…i happen to see your webpage…can i get info for chalet for 12 adults and 4 kids….i nak chalet yang beach view…because we plan to do BBQ at night…hope can get info asap..thanks

  18. Assalamualaikum…
    Ingin tahu pakej. Menginap pada 17, 18, 19hb Oktober 2012. Check in pukul 2.00pm dan check out pada 8.00am.
    Jumlah Pelajar: 100 org (50 L/ 50 P)
    Jumlah Pegawai: 40 orang
    BBQ Dinner

  19. Assalamualaikum…
    Ingin tahu harga pakej. Menginap pada 17, 18, 19hb Oktober 2012. Check in pukul 2.00pm dan check out pada 8.00am.
    Jumlah Pelajar: 100 org (50 L/ 50 P)
    Jumlah Pegawai: 40 orang
    BBQ Dinner : 140 orang (18 hb)
    Dewan Terbuka
    *Telah berbincang dengan En. Rosli pada 26/09/2012, jam 9.40 pm.

  20. It’s remarkable to pay a visit this website and reading the views of all mates concerning this article, while I am also zealous of getting experience.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *