Takzim Siam di Tera-Thai

ptera1.jpg

Berhenti dan singgah kalau ternampak banglo ini di Jalan Abdul Samad

KUNJUNGAN ke banglo milik Haroon Warawanisha dan isteri, Azilah Khalid ini tentunya akan menyemarakkan selera dalam persinggahan kulinari di bandar raya Johor Bahru. Ia bukan sekadar kediaman persendirian berlatarkan sejarah. Transformasi cemerlang telah membuatkannya muncul sebagai sebuah restoran fine-dining yang menghidangkan variasi hidangan autentik Siam. Apa yang perlu kita mulakan?

ptera2.jpg

Mahukan layanan dan persekitaran penuh adat Siam?

ptera3.jpg

Ada sesuatu yang menarik di sebelah dalam jendela ini

ptera4.jpg

Bersantaplah bagai kerabat diraja Thai

Kalau adat orang Melayu dahulu menyambut tetamu dengan sirih, orang Siam tentunya dengan mieng kum atau dikenali dengan panggilan pinang kaduk. Tujuh bahan berlainan tekstur dan rasa iaitu kacang panggang, udang kering, limau nipis, kelapa, potongan kecil halia, bawang dan cili api rapi dibungkus dengan daun kaduk yang bersira sos gula merah. Satu permulaan hebat untuk mengejutkan semua fungsi tunas rasa!

ptera5.jpg

Seven unique flavours blend into one. This is mieng kum

ptera6.jpg

Another favourite starter – somtam

Sambil mencuit sedikit demi sedikit hidangan pembuka selera seperti somtam (kerabu betik) dan ya woon sen (salad udang dengan suhun), pesanan nasi putih yang panas dan beraroma pasti tidak lengkap tanpa menu-menu seterusnya.

ptera7.jpg

Ya woon sen (salad udang dengan suhun)… so inviting!

Tomyam talay nam khon yang merah dan pekat membuatkan peminat rasa masam dan pedas kecur liur. Begitu juga dengan geng kiew wan gai atau ayam kari hijau yang enak diiringi kesegaran daun selasih.

ptera8.jpg

Front to back: The red and the clear tomyam, chicken in green curry

Oh ya, ingat nama ini – yam memuang pla thod. Pilihan siakap atau kerapu goreng garing yang disertai salad mangga muda begitu sempurna menemani makan malam anda bersama pasangan. Seleksi makanan laut lain seperti udang dan ketam masing-masing turut disediakan dalam pelbagai kaedah masakan dan persembahan menarik.

Gabungan lima rasa utama dalam masakan Thai iaitu manis, masin, lemak dan pedas banyak diterjemah dalam menu restoran ini. Bagi memuaskan selera, cubalah mag khea chub kai chim nam prig kapik (terung goreng bersalut telur), kao soi (mi kari daging dengan rempah Thai) dan gai bai kapau (ayam digoreng dengan daun selasih).

ptera9.jpg

Mouth watering gai bai kapau

ptera10.jpg

After chillies and spices, thois is a refreshing dessert

Akhiri kunjungan selera anda dengan kao niao mamuang (pulut mangga) atau segarkan diri dengan ruam mid iaitu kombinasi potongan kecil nangka, keladi dan jeli Thai dalam ais garut dan santan. Sememangnya di Tera-Thai Fine Dine, apresiasi kulinari akan membawa anda jauh dalam rentak budaya Siam.

ptera11.jpg

Kap khun kaaaaap……

Nama: Tera-Thai
Konsep: Fine-dining dalam dekorasi Thai
Sebi bina: Restorasi banglo lama
Keluasan tanah: 1,700 meter persegi
Kapasiti tempat duduk: 80 (tidak termasuk ruangan santai di tingkat bawah dan di gazebo)

ptera12.jpg

TERA-THAI FINE DINE
31, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-222 6300 Faks: 07-221 6300 Tempahan: 012-716 6753

11 comments

  1. saya akan kembali cos makanan di tera-thai fine dine uenak begitu juga dengan amel,my love for you

  2. sangat sesuai utk business dinner / lunch. harga amat bersesuaian dgn menunya.sure akan kembali ke tera-thai.. 🙂

  3. salam..boleh bagi tempat penginapan yang cantik tak .kami nak gi buat family day kat sana ,cheley yang murah.,..utk 7 keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *