Tenaga segar Kamphora

pkamp1.jpg

Ruang rehat spa yang bergaya urban kontemporari

Sebagai menyahut permintaan bisnes layanan penjagaan tubuh dan kesihatan, Kamphora Spa yang memulakan operasi di Taman Dagang, Ampang, mula mendapat sambutan ramai. Menjanjikan pengalaman menyamankan dalam legasi hospitaliti gaya Melayu, spa daripada jenama francais ini begitu menyerlah dalam mencipta identiti tersendiri.

pkamp2.jpg

Produk Kamphora Spa sedia membelai tubuh

Bagi konsultan spa, Shamil Yusoff dan rakan niaga yang bertindak sebagai pengarah spa, Mahmud Abu Bakar, bijak mencipta tarikan tersendiri untuk dihadiahkan kepada pelanggan mereka. Di atas pelan lantai seluas 1,700 kaki persegi itu, imej dan keselesaan urban kontemporari menjadi kunci utama.

pkamp3.jpg

Kaki anda sedia dimanjakan rawatan refleksologi di ruang ini

Aroma herba, rempah ratus dan bunga-bungaan segar sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan tempat yang mempromosi agenda kecantikan dan kesihatan. Itulah yang menyambut tetamu di premis ini tatkala melangkah masuk ke dalamnya. Ditambah pula dengan simbahan pencahayaan relaks, jantung seumpama dipujuk untuk berdegup lebih perlahan sekali gus meredakan mood yang terjejas dek kesibukan rutin kota.

pkamp4.jpg

Rempah ratus yang digunakan dalam rawatan

Sementara privasi di empat bilik rawatan sememangnya terjamin di sebalik juraian tabir labuh, tetamu bebas memilih variasi jenis rawatan yang bakal mengelus tubuh mereka. Dibimbing petugas spa yang cukup berpengalaman, pasti nanti ada yang tertarik pada penggunaan pupur, iaitu bahan campuran herba, bunga-bungaan dan minyak kelapa dara yang diaplikasikan dalam rawatan urutan badan dan muka.

pkamp5.jpg

Keselesaan dalam bilik rawatan

“Kami mahu menjadikan cawangan Kamphora Spa ini sebuah pusat aromaterapi, memandangkan kami mengetengahkan rangkaian produk yang berasaskan aromaterapi,” terang Shamil yang menyasarkan layanan khas untuk golongan wanita urban.

pkamp6.jpg

Pencahayaan strategik untuk mencetus mood

pkamp7.jpg

Salah satu bilik rawatan berjakuzi

APA YANG ADA DI SINI?

  • Kemudahan yang menanti di spa ini adalah empat bilik rawatan, stim dan jakuzi, urutan refleksologi, serta ruang rehat.
  • Pelanggan boleh mencuba rawatan kecantikan dan kesihatan Melayu asli seperti urutan aroma, lulur, mandian, rawatan muka dan spa terapi ikan.
  • Pakej: Kamphora Heritage (untuk sakit-sakit badan), Kamphora Seri (jerawat badan), Kamphora Tummy Trim (mengempis perut), Kamphora Suri (selepas bersalin), Kamphora Puteri (pengantin perempuan).
  • ALAMAT: Kamphora Spa @ MYRES, 22A-1, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor. TEL: 03-4251 0030

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *